SOALAN LAZIM (FAQ)

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1.             

Apakah bantuan zakat Pendidikan [Program Penajaan Pendidikan MAIK (PPM)] yang disediakan oleh MAIK?

Ø  Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK

Ø  Biasiswa Tengku Anis (BTA) MAIK

Ø  Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK

Ø  Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK

Ø  Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) MAIK

Ø  Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK

 

https://eagihan.e-maik.my

2.             

Apakah beza antara dermasiswa dan biasiswa?

Dermasiswa merupakan satu bentuk bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberikan berdasarkan permohonan setiap tahun dan kelulusan adalah sekali setahun sahaja berdasarkan tempoh pengajian.

 

Manakala, Biasiswa merupakan program berbentuk tajaan berdasarkan tempoh pengajian dan mengikut syarat-syarat program penajaan Pendidikan MAIK.

 

3.             

Bilakah permohonan bantuan dibuka?

Iklan permohonan program Penajaan Pendidikan MAIK (PPM) akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang portal rasmi MAIK dan media sosial rasmi MAIK.

 

Tertakluk kepada kelulusan dan hebahan dari semasa ke semasa.

 

4.             

Berapa lama tempoh masa proses permohonan boleh diluluskan?

Proses permohonan akan diproses dalam masa satu (1) hingga (3) bulan dari tarikh permohonan dibuat (PERMOHONAN DIHANTAR).

 

Proses permohonan juga adalah bergantung kepada giliran tarikh permohonan telah dihantar, jumlah permohonan dan peruntukan wang zakat dari semasa ke semasa.

 

5.             

Bagaimana saya boleh mendapatkan manual penggunaan sistem eAgihan MAIK?

Maklumat manual penggunaan sistem eAgihan MAIK boleh dirujuk dan dimuatturun melalui laman sesawang:

 

https://eagihan.e-maik.my/Muatturun

6.             

Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat penuh program Penajaan Pendididkan MAIK (PPM)?

Maklumat penuh program Penajaan Pendidikan MAIK (PPM) boleh dirujuk melalui laman sesawang:

 

https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1.             

Apakah itu Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK?

Program ini merupakan satu bentuk bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberi berdasarkan permohonan pelajar setiap tahun dalam membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian, di beberapa institusi Pengajian Tinggi Luar dan Dalam Negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat.

 

Bantuan pengajian berbentuk Dermasiswa ini adalah berdasarkan permohonan pada tahun tersebut dan tertakluk kepada tempoh pengajian pelajar serta kelulusan adalah sekali setahun sahaja.

 

2.             

Bagaimanakah untuk memohon?

Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan : https://eagihan.e-maik.my – Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK – Kod 28412.

 

3.             

Bilakah permohonan ini akan dibuka?

Permohonan pada lazimnya akan dibuka pada bulan Januari setiap tahun. Iklan permohonan program akan dikeluarkan di portal rasmi MAIK dan media sosial rasmi MAIK dari semasa ke semasa.

 

4.            

Siapakah yang layak memohon?

Pemohon mestilah warganegara Malaysia (peranakan Kelantan) dan bermastautin di Kelantan serta terdiri daripada golongan asnaf berdasarkan syarat yang ditetapkan MAIK.

 

Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my.

 

5.            

Apakah syarat-syarat permohonan program ini?

Syarat-syarat permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

 

6.            

Apakah dokumen yang diperlukan?

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan

 

7.            

Jika ada sebarang pertanyaan, di mana saya boleh berhubung dengan pihak Unit Tajaan Pendidikan MAIK?

Sebarang pertanyan lanjut, bolehlah berhubung Unit Tajaan Pendidikan MAIK melalui talian 09-7421519 dan emel

info_pendidikan@e-maik.my

8.            

Di mana saya boleh mendapatkan dokumen 12 (surat sokongan dan pengesahan permohonan) ?

Sila klik pautan di laman sesawang: https://eagihan.e-maik.my/Muatturun

(bagi pelajar dalam negara sahaja).

9.             

Berapakah kadar bantuan yang diberikan MAIK?

Kadar bantuan yang diberikan MAIK bagi program ini adalah seperti berikut:

Luar Negara (Selain Timur Tengah):

a)    Ijazah Sarjana Muda (RM5,000.00)

b)    Sarjana (RM5,000.00)

c)    Kedoktoran/PHD (RM5,000.00)

 

Luar Negara (Timur Tengah SAHAJA)

*Berdasarkan Keputusan Pengajian Bermula Tahun 1 peringkat IJAZAH SARJANA MUDA, SARJANA DAN PHD (BUKAN KEPUTUSAN STAM ATAU SETARAF DENGANNYA)

 

BIL

KEPUTUSAN PENGAJIAN

KADAR DERMASISWA

1.

Maqbul

RM5,000

2.

Jayyid

RM6,000

3.

Jayyid Jiddan

RM7,000

4.

Mumtaz

RM10,000

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam Negara:

a)    Diploma (RM2,500.00)

b)    Ijazah Sarjana Muda (RM2,500.00)

c)    Sarjana (RM2,500.00)

d)    Kedoktoran/PHD (RM2,500.00)

 

*Tertakluk kepada permohonan untuk setahun sekali sahaja

 

10.          

Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini ?

Maklumat lanjut program ini boleh dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan - Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP)

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1.             

Apakah itu Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK?

Program ini merupakan program penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam/swata, sama ada di semester pertama dan seterusnya untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di Dalam Negara sahaja.

 

2.             

Bagaimanakah untuk memohon?

Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan : https://eagihan.e-maik.my – Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK - Kod 21124.

 

3.             

Bilakah permohonan ini akan dibuka?

Permohonan pada lazimnya akan dibuka pada bulan April setiap tahun. Iklan permohonan program akan dikeluarkan di portal rasmi MAIK dan media sosial rasmi MAIK dari semasa ke semasa.

 

4.            

Siapakah yang layak memohon?

Pemohon mestilah warganegara Malaysia (peranakan Kelantan), bermastautin di Kelantan, terdiri daripada golongan asnaf  berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK dan tidak menerima tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.

 

Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

 

5.            

Apakah syarat-syarat permohonan program ini?

Syarat-syarat permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

 

6.            

Apakah dokumen yang diperlukan?

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan

 

7.            

Jika ada sebarang pertanyaan, di mana saya boleh berhubung dengan pihak Unit Tajaan Pendidikan MAIK?

Sebarang pertanyan lanjut, bolehlah berhubung Unit Tajaan Pendidikan MAIK melalui talian 09-7421519 dan emel

info_pendidikan@e-maik.my

8.            

Apakah bidang pengajian yang diperlukan bagi mengisi permohonan ini?

Mana-mana bidang pengajian yang bermanfaat adalah menjadi keutamaan bagi permohonan program ini. Bidang perubatan tidak menjadi keutamaan bagi program ini.

 

9.             

Adakah tempat pengajian pemohon ditetapkan untuk permohonan program ini?

 

Ya. Tempat pengajian adalah berdasarkan Institusi tempatan sahaja dan tertakluk kepada surat tawaran.

10.          

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini?

 

Maklumat lanjut program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan - Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK.

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1.     

Apakah itu Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) MAIK?

Program ini merupakan program biasiswa tajaan di Peringkat Ijazah Pertama di Luar Negara dalam bidang Pengajian Islam kepada para pelajar lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) MAIK  dan pelajar lepasan STAM di bawah kelolaan YIK dan JPNK mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh MAIK.

 

2.             

Bagaimanakah untuk memohon?

Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan : https://eagihan.e-maik.my – Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) MAIK - Kod 21125.

 

3.             

Bilakah permohonan ini akan dibuka?

Permohonan pada lazimnya akan dibuka pada bulan Jun setiap tahun. Iklan permohonan program akan dikeluarkan di portal rasmi MAIK dan media sosial rasmi MAIK dari semasa ke semasa.

 

4.            

Siapakah yang layak memohon?

Pemohon mestilah warganegara Malaysia (peranakan Kelantan), bermastautin di Kelantan, terdiri daripada golongan asnaf  berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK dan telah menerima surat tawaran daripada Universiti - yang diiktiraf di dalam MQA. Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

 

5.            

Apakah syarat-syarat permohonan program ini?

Syarat-syarat permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

 

6.            

Apakah dokumen yang diperlukan?

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan

 

7.            

Jika ada sebarang pertanyaan, di mana saya boleh berhubung dengan pihak Unit Tajaan Pendidikan MAIK?

Sebarang pertanyan lanjut, bolehlah berhubung Unit Tajaan Pendidikan MAIK melalui talian 09-7421519 dan emel

info_pendidikan@e-maik.my

8.            

Apakah bidang pengajian yang diperlukan bagi mengisi permohonan ini ?

 

Bidang Pengajian Islam berdasarkan surat tawaran.

9.             

Adakah tempat pengajian pemohon ditetapkan untuk permohonan program ini ?

 

Ya. Tempat pengajian adalah ditetapkan di Negara Mesir dan Indonesia (luar negara sahaja dan tertakluk kepada surat tawaran).

10.          

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini ?

 

Maklumat lanjut program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan - Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) MAIK.

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1.     

Apakah itu Biasiswa Tengku Anis (BTA) MAIK?

Program ini merupakan tajaan Biasiswa yang diberikan kepada para pelajar peringkat sekolah (rendah, menengah dan tingkatan enam) dalam kategori asnaf fakir miskin dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

 

Keutamaan penerima adalah diberikan kepada golongan keluarga ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

 

2.             

Bagaimanakah untuk memohon?

Permohonan adalah secara atas talian https://eagihan.e-maik.my melalui sekolah-sekolah di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

 

3.             

Bilakah permohonan ini akan dibuka?

Permohonan pada lazimnya akan dibuka pada bulan April setiap tahun dan tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

 

4.            

Siapakah yang layak memohon?

Pemohon mestilah warganegara Malaysia (peranakan Kelantan), bermastautin di Kelantan dan keutamaan daripada golongan asnaf fakir miskin berdasarkan syarat yang ditetapkan MAIK serta tidak menerima tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain. Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

 

5.            

Apakah syarat-syarat permohonan program ini?

Syarat-syarat permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan  atau https://eagihan.e-maik.my

 

6.            

Apakah dokumen yang diperlukan?

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan

 

7.            

Jika ada sebarang pertanyaan, di mana saya boleh berhubung dengan pihak Unit Tajaan Pendidikan MAIK?

Sebarang pertanyan lanjut, bolehlah berhubung Unit Tajaan Pendidikan MAIK melalui talian 09-7421519 dan emel

info_pendidikan@e-maik.my

8.            

Adakah tempat persekolahan pemohon ditetapkan untuk permohonan program ini ?

 

Ya. Tempat persekolahan adalah berdasarkan jajahan dalam Kelantan sahaja iaitu kerjasama antara MAIK dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

9.             

Berapakah kadar bantuan yang diberikan MAIK?

Kadar bantuan yang diberikan MAIK bagi program ini adalah seperti berikut:

Sekolah rendah

Bermula dari Tahun 3 hingga Tahun 6

(RM100 sebulan)

 

 

Sekolah menengah

1. Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (RM150 sebulan)

2. Tingkatan 6 (RM200 sebulan)

 

10.          

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini ?

 

Maklumat lanjut program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan - Biasiswa Tengku Anis (BTA)

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1.             

Apakah itu Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK?

Program ini merupakan program penajaan biasiswa pelajar lepasan SPM khususnya pelajar asnaf di Negeri Kelantan bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di United Kingdom.

 

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan (A-Level) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di negara berkenaan.

*Dengan memenuhi syarat minima MAIK di peringkat A-Level

 

2.             

Bagaimanakah untuk memohon?

Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan : https://eagihan.e-maik.my – Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK - Kod 21121.

 

3.             

Bilakah permohonan ini akan dibuka?

Permohonan pada lazimnya akan dibuka pada bulan April setiap tahun. Iklan permohonan program akan dikeluarkan di portal rasmi MAIK dan media sosial rasmi MAIK dari semasa ke semasa.

 

4.            

Siapakah yang layak memohon?

Pemohon mestilah warganegara Malaysia (peranakan Kelantan), bermastautin di Kelantan, terdiri daripada golongan asnaf  berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK dan tidak menerima tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain. Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my.

 

 

5.            

Apakah syarat-syarat permohonan program ini?

Syarat-syarat permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

 

6.            

Apakah dokumen yang diperlukan?

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan.

 

7.            

Jika ada sebarang pertanyaan, di mana saya boleh berhubung dengan pihak Unit Tajaan Pendidikan MAIK?

Sebarang pertanyan lanjut, bolehlah berhubung Unit Tajaan Pendidikan MAIK melalui talian 09-7421519 dan emel

info_pendidikan@e-maik.my

8.            

Apakah bidang pengajian yang diperlukan bagi mengisi permohonan ini?

Mana-mana bidang pengajian yang bermanfaat  dan diluluskan MAIK adalah menjadi keutamaan bagi permohonan program ini. Bidang perubatan tidak menjadi keutamaan bagi program ini.

 

9.             

Adakah tempat pengajian pemohon ditetapkan untuk permohonan program ini?

Ya. Tempat pengajian adalah di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin sahaja.

 

Tajaan di peringkat Ijazah adalah tertakluk kepada keputusan A-Level dan kelulusan MAIK.

 

10.          

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini?

 

Maklumat lanjut program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan - Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK.

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1.             

Apakah itu Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK?

Program ini merupakan program Biasiswa tajaan dalam membantu asnaf di negeri Kelantan yang berkelayakan dalam memperoleh pendidikan profesional untuk mereka gunakan dalam mencari pekerjaan dan keluar daripada kelompok kemiskinan.

 

Objektif lain program adalah membantu meningkatkan bilangan professional di dalam bidang perakaunan daripada kalangan bangsa Melayu dan terutamanya dari rakyat Kelantan.

 

2.             

Bagaimanakah untuk memohon?

Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan : https://eagihan.e-maik.my – Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK - Kod 28440

 

3.             

Bilakah permohonan ini akan dibuka?

Permohonan pada lazimnya akan dibuka pada bulan April setiap tahun. Iklan permohonan program akan dikeluarkan di portal rasmi MAIK dan media sosial rasmi MAIK dari semasa ke semasa.

 

4.            

Siapakah yang layak memohon?

Pemohon mestilah warganegara Malaysia (peranakan Kelantan), bermastautin di Kelantan, terdiri daripada golongan asnaf  berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK dan tidak menerima tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain. Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan  atau https://eagihan.e-maik.my.

 

5.            

Apakah syarat-syarat permohonan program ini?

Syarat-syarat permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

 

6.            

Apakah dokumen yang diperlukan?

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan.

 

7.            

Jika ada sebarang pertanyaan, di mana saya boleh berhubung dengan pihak Unit Tajaan Pendidikan MAIK?

Sebarang pertanyan lanjut, bolehlah berhubung Unit Tajaan Pendidikan MAIK melalui talian 09-7421519 dan emel

info_pendidikan@e-maik.my.

8.            

Apakah bidang pengajian yang ditawarkan bagi program ini?

The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

(1 -4  tahun)

 

9.             

Adakah tempat pengajian pemohon ditetapkan untuk permohonan program ini?

 

Ya. Tempat pengajian adalah tertakluk kepada MAIK.

10.          

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini?

 

Maklumat lanjut program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan - Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK.

 1.

Adakah keempat-empat penama perlu diambil pengesahan jika atas geran tanah ada 4 penama?

Bagi Bantuan Rumah Asnaf:-

  • Pemohon ada tanah sendiri boleh diproses permohonan.
  • Bagi geran tanah yang mempunyai ramai penama perlu ada akuan sumpah kesemua penama.
  • Jika tiada penama atau penama datuk nenek tidak layak untuk diproses dan perlu membuat tuntutan pusaka terlebih dahulu.

2.

Bagaimanakah pemohon yang tiada tanah ingin memohon bantuan rumah, apa penyelesaian lain yang dapat membantu pemohon untuk memenuhi syarat ditetapkan?

Pemohon boleh menggunakan geran tanah ibubapa sahaja.

 3.

Jika permohonan diluluskan untuk kali pertama, adakah pemohon boleh memohon untuk kali kedua. Apakah jarak masa atau tempoh yang dikhususkan untuk kali kedua?

Pemohon hanya diberi 1 kali sahaja untuk memohon bantuan tersebut.

 4.

Bagaimana Untuk Memohon Bantuan Rumah Kediaman MAIK?

Pemohon hanya boleh memohon Bantuan Rumah Kediaman MAIK melalui Sistem E- Agihan di Masjid-Masjid Bandar yang terpilih dan berdekatan dengan tempat tinggal pemohon dengan membawa sekali dokumen-dokumen yang lengkap yang diperlukan untuk pengisian borang online oleh kerani masjid tersebut. Masjid- Masjid yang terlibat adalah seperti berikut :

  • Masjid Bandar Mahmudi, Bachok, Kelantan
  • Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
  • Masjid Bandar As-Salam , Pengkalan Chepa, Kelantan
  • Masjid Bandar Sultan Muhammad II , Telipot, Kelantan
  • Masjid Bandar Sultan Mansor Kg. Sireh, Kota Bharu, Kelantan
  • Masjid DiRaja Long Yunus ,Langgar, Kota Bharu, Kelantan
  • Masjid Al-Sultan Ismail Petra ,Kubang Kerian, Kelantan
  • Masjid Bandar Sultan Muhammad III ,Pasir Mas, Kelantan
  • Masjid Ismaili ,Tumpat, Kelantan
  • Masjid Sultan Yahya Petra Machang, Kelantan
  • Masjid Bandar Tg. Muhammad Faris Petra Kuala Krai, Kelantan
  • Masjid Bandar Ibrahimi ,Pasir Puteh, Kelantan
  • Masjid Tg. Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Kelantan
  • Masjid Sultan Muhammad I ,Jeli, Kelantan.
 5.

Apa keperluan dokumen yang diperlukan Untuk Memohon Bantuan Rumah Kediaman MAIK?

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pasangan (jika cerai, selitkan sijil cerai, jika mati, selitkan sijil mati)
  • Salinan Kad Pengenalan anak-anak (masih dalam tanggungan & tidak dalam tanggungan)
  • Slip Gaji/pencen/surat akuan pendapatan pemohon
  • Slip Gaji/pencen/surat akuan pendapatan pasangan
  • Salinan Geran Tapak Tanah Rumah yang Nak Dibina

 

 1.

Adakah bantuan pemulihan rumah kediaman akan dikreditkan terus kepada akaun pemohon?

Permohonan Pemulihan Bantuan Rumah Kediaman MAIK tidak dikreditkan terus ke dalam akaun pemohon. Pihak MAIK akan melantik kontraktor untuk kerja-kerja pembaikian /pemulihan rumah asnaf.

2.

Apakah syarat-syarat untuk memohon Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman?

Syarat-syarat untuk memohon Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman MAIK  ialah tergolong di dalam asnaf fakir miskin, mempunyai tanah sendiri,jika tanah milik ibu/bapa hendaklah ada akuan kebenaran bersumpah yang ditanda tangani oleh pesuruhjaya sumpah, rumah yang didiami milik sendiri bukan rumah sewa, tanggungan anak yang ramai, pendapatan yang tidak melebihi had kifayah, jika pernah mendapat bantuan pemulihan rumah kediaman pada tahun-tahun sebelumnya tidak layak untuk membuat permohonan baru.

 3.

Bagaimana untuk memohon Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman MAIK?

Pemohon boleh memohon Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman MAIK dengan mengisi sendiri melalui online dengan melayari Sistem E- Agihan di portal MAIK atau ke  Masjid-Masjid Bandar yang terpilih dan berdekatan dengan tempat tinggal pemohon  dengan membawa sekali dokumen-dokumen yang lengkap yang diperlukan untuk pengisian borang online oleh kerani masjid tersebut. Masjid- Masjid yang terlibat adalah seperti berikut :

-          Masjid Bandar Mahmudi, Bachok, Kelantan

-          Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan

-          Masjid Bandar As-Salam , Pengkalan Chepa, Kelantan

-          Masjid Bandar Sultan Muhammad II , Telipot, Kelantan

-          Masjid Bandar Sultan Mansor Kg. Sireh, Kota Bharu, Kelantan

-          Masjid DiRaja Long Yunus ,Langgar, Kota Bharu, Kelantan

-          Masjid Al-Sultan Ismail Petra ,Kubang Kerian, Kelantan

-          Masjid Bandar Sultan Muhammad III ,Pasir Mas, Kelantan

-          Masjid Ismaili ,Tumpat, Kelantan

-          Masjid Sultan Yahya Petra Machang, Kelantan

-          Masjid Bandar Tg. Muhammad Faris Petra Kuala Krai, Kelantan

-          Masjid Bandar Ibrahimi ,Pasir Puteh, Kelantan

-          Masjid Tg. Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Kelantan

-          Masjid Sultan Muhammad I ,Jeli, Kelantan.

 4.

Adakah keempat-empat penama perlu diambil pengesahan jika atas geran tanah ada 4 penama?

Bagi bantuan baikpulih rumah asnaf :-

  • Ya perlu sekiranya tiada nama pemohon dalam geran (rumah ibubapa/ saudara).-  Tidak perlu, sekiranya pemohon ada nama dalam geran.
 5.

Jika permohonan diluluskan untuk kali pertama, adakah pemohon boleh memohon untuk kali kedua. Apakah jarak masa atau tempoh yang dikhususkan untuk kali kedua?

Pemohon hanya diberi 1 kali sahaja untuk memohon bantuan tersebut.

 6.

Adakah pemohon boleh memohon untuk menyiapkan rumah yang terbengkalai dengan menggunakan bantuan pemulihan rumah.

Tidak boleh kerana bantuan pemulihan rumah hanya untuk membaiki kerosakan-kerosakan sahaja.

 7.

Apa keperluan dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan rumah kediaman MAIK?

-          Salinan kad pengenalan pemohon

-          Salinan kad pengenalan pasangan (jika cerai, selitkan sijil cerai, jika mati, selitkan sijil mati)

-          Salinan kad pengenalan anak-anak (masih dalam tanggungan & tidak dalam tanggungan)

-          Salinan nombor akaun bank pemohon

-          Slip Gaji/pencen/surat akuan pendapatan pemohon

-          Slip Gaji/pencen/surat akuan pendapatan pasangan

-          - Salinan geran tapak tanah rumah yang nak dibina